HEPI MOTHERS DAY…
AHAD NI HARI IBU…HADIAH APE NAK BG MAK…ORG YG PALING AKU SAYANG DLAM DUNIA NI…THN2 LPS JUST CELEBRATE…BLI CAKE..PRESENT YG DAH PERNAH AKU BG PD MAK..LIPSTIK..APE LG EK..LUPE DAH…THN NI BG APE PLAK..TGH DOK BELAJO XDE DUIT NAK BLI HADIAH MAHAL2…HUHU TP AKU PERNAH BG HADIAH SET SOFA PD MAK MSE MATRIK DLU…KEPADA RAKAN2 KU…SAYANGILAH IBU ANDA SELAGI MEREKA ADA…SYG SGT MAK…AKU SELALU CKP KAT ABG2 AKU ANAK MANJA…SELALU SGT BLK KG EVEN DAH KAWEN…TP AKU TAU 2 RESPONSIBILITY ANAK2 LELAKI..MCM ALONG AKU..SLALU SGT BLK UMAH..ISTERI DIA DUK KUANTAN DIA DUK KL.TIME AKAK IPAR AKU XBLK…SOMETIMES MAK AKU LAH KENA IRON BJ KEJE DIA…MANJA SGT..TP AKU RESPECT ABG2 AKU…2 OR 3 X PER MONTH BLK UMAH..SO..NASIHATKU..SAYANGI LAH IBU BAPA ANDA SELAGI MEREKA ADA…DOAKAN LA KESEJAHTERAAN MEREKA..BAGI MEREKA YANG TELAH KEHILANGAN MEREKA..TITIPKANLAH DOA KEATAS ROH MEREKA..AMIN
RENUNGAN…
-
Ibumu Yang Tercantik Sekali
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.
“Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Moral:
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..
-
C.I.N.T.A
“Isteri bukannya hak milik kita tapi anugerah… “
“Kadang-kadang hendak menyayangi orang yang kita sayang itulah yang paling susah”
“Penat seharian dengan orang yang kita sayang lebih bermakna dari, kita hidup hingga akhir hayat dengan orang yang kita tak punya rasa sayang..”
“Kalau kau bertemu cinta sebenar, kau akan umumkan, kerana kau tidak mahu melepaskannya…”
-
Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir - bibir manusia.
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kta dalam rengsa, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibinya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan
dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.
May 10th, 2007 at 9:45 am
such a nice daughter..uhuhuhsyabas beti huhuhu