frenzzz 4ever

akhirnya…abis gak degree..4 thn kat cni ber+ rmai kwn2ku…kanop mber dr sek+matrik+itho…4bkc..especially keri..byk sgt tlg aku+aku tlg dia…:-)…wan even b4 ni kte pernah ada conflict but still leh layan...hehe..gurls 4bkc..kimah,ina,lenz,ct,baz,dhah n sume la..x somo-lah..syukur sgt dpt kwn ngan korg sume…mtak maaf jika ada kesilapan…sedih plak mcm nak raya..ape2 pun…sayang+rindu sgt nati kat korg…contact2 la aku yg ber+ saiz badan ni…hehe..

FOR MY LUVLY FREZZZZZZ…..

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku

Teman adalah hadiah terindah kurniaan Tuhan buat kita.

Seperti hadiah, ada yang bungkusannya cantik dan ada yang bungkusannya tidak cantik. Yang bungkusannya cantik punya wajah rupawan, atau keperibadian yang menarik. Yang bungkusannya tidak cantik punya wajah biasa saja, atau keperibadian yang biasa saja, atau mungkin buruk.

Seperti hadiah, ada yang isinya bagus dan ada yang isinya jelek. Yang isinya bagus punya jiwa yang begitu indah sehingga kita terpukau ketika berkongsi rasa dengannya, ketika kita tahan menghabiskan waktu berjam-jam, saling bercerita dan menghibur, menangis bersama, dan tertawa bersama. Kita mencintai dia dan dia mencintai kita. Yang isinya buruk punya jiwa yang terluka. Begitu dalam luka-lukanya sehingga jiwanya tidak mampu lagi mencintai, justeru kerana ia tidak merasakan cinta dalam hidupnya. Sayangnya yang kita dapat darinya seringkali  sikap penolakan, dendam, kebencian, iri hati, kesombongan, amarah dan lain-lain.


  • 10 Kunci Persahabatan Yang Baik

    1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

    2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain  sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga. 

    3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik. 

    4) Hargai pendapat satu sama lain. 

    5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

    6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.    
                
    7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan  kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula. 

    Belajar daripada satu sama lain. 

    9) Jangan mengata di belakang kawan anda. 

    10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana dengan kata-kata itu manusia akan terpengaruh.

Leave a Reply